BIZ TOOLS

Platform Digital PKS Kebangsaan: TM Sediakan Akses Infrastruktur dan Penyelesaian Digital untuk Perniagaan Lebih Mudah

27 May 2019

Usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana bakal menikmati akses pembiayaan dan perjalanan digital yang lebih mudah! Ini merupakan hasil daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani antara Telekom Malaysia Berhad (TM), SME Bank dan Commerce.Asia baru-baru ini.


image-1.jpg

Melalui kerjasama ini, SME Bank, sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), berhasrat mewujudkan Platform Digital PKS Kebangsaan, terutamanya bagi menyediakan akses pembiayaan kepada usahawan perusahaan mikro dan kecil.

TM melalui unifi khususnya akan menyediakan akses kepada infrastruktur serta perkhidmatan digital seperti Internet berkelajuan tinggi, pusat data dan pengkomputeran awan yang akan membolehkan SME Bank menerokai penyelesaian digital untuk keperluan pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selain menjadi rakan teknologi kepada rangka tindakan ekonomi digital SME Bank, TM juga akan menyumbangkan tenaga kerja pakarnya seperti saintis data dan arkitek program untuk membimbing usahawan PKS dalam transformasi digital mereka.

Sebagai usaha menggalakkan adaptasi teknologi digital yang pantas dan tinggi dalam kalangan PKS, TM turut menawarkan pakej komunikasi lengkap bagi membolehkan para usahawan mendapatkan sambungan Internet berkelajuan tinggi dan membolehkan mereka meneroka pasaran yang lebih besar dan memperoleh peluang yang lebih luas.

image2-(1).jpg

Mengulas mengenai kerjasama ini, Moharmustaqeem Mohammed, Pemangku Naib Presiden Eksekutif, unifi, berkata, “TM sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada pembangunan Platform Digital PKS Kebangsaan ini. Peluang untuk membantu dan membimbing ribuan perusahaan kecil dan mikro baru dan akhirnya maju bersama mereka telah lama menjadi aspirasi TM.

“Seiring dengan sumbangan PKS dalam memacu ekonomi negara, penyelesaian digital kami akan membolehkan para usahawan ini meningkatkan pencapaian dan memangkin pertumbuhan perniagaan mereka. Projek ini sejajar dengan misi kami untuk membantu mempercepatkan transformasi negara untuk menjadi sebuah negara digital.”

unifi kini menawarkan pelan uniz Biz dari 10Mbps hingga 30Mbps dan 100Mbps, yang direka untuk memberi lebih nilai kepada PKS dalam membantu para usahawan mengambil langkah pertama dalam perjalanan digital mereka.

Aria Putera Ismail, Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank pula berkata, “Platform Digital PKS Kebangsaan ini merupakan satu usaha SME Bank yang menyeluruh dan merupakan penyelesaian untuk SME Bank menjadi peneraju dalam ekosistem PKS yang berteraskan gelombang Revolusi Industri 4.0. Platform ini akan memberikan kami keupayaan untuk membuat keputusan berasaskan data dan pengurusan portfolio yang lebih baik.”

Beliau menambah, “Kami mahu menjadi peneraju dalam pembangunan PKS tempatan. Dengan Platform Digital PKS Kebangsaan ini, ia akan mengubah cara PKS dibantu dan dibangunkan. Inisiatif ini dijangka akan memacu sumbangan PKS terhadap ekonomi negara. Sebelum ini, pihak Bank juga telah menandatangani perjanjian dengan Orion IXL Berhad yang menyediakan penyelesaian FINTECH dengan membina kerangka kerja skor kredit tradisional dan alternatif untuk para pelanggan SME Bank.”

Kolaborasi bersama Commerce.Asia pula akan meningkatkan keupayaan Platform Digital PKS Kebangsaan melalui akses kepada lebih 700,000 pangkalan data usahawan PKS di Malaysia di samping akses kepada ekosistem teknologi e-dagang yang lengkap. Ini akan melengkapkan fasa pertama pembinaan Platform Digital PKS Kebangsaan. Dalam fasa ini, Kepintaran Buatan (AI) akan digunakan untuk menganalisis prestasi dan kesediaan PKS serta merangka satu pelan tindakan yang akan dapat menyokong pertumbuhan PKS tersebut.

Ganesh Kumar Bangah, Pengerusi Eksekutif Commerce.Asia berkata, “Ekosistem e-dagang Commerce.Asia mempunyai 5,000 penjual aktif yang memproses jualan sebanyak RM400 juta pada tahun 2018. Kerjasama ini akan membantu usahawan yang telah mempunyai pembiayaan memajukan lagi perniagaan mereka di samping menyediakan akses pembiayaan dan teknologi e-dagang kepada 700,000 PKS dalam pangkalan data kami.”

Dengan adanya kerjasama yang kolektif antara SME Bank dengan pemain industri seperti TM dan Commerce.Asia, penyediaan pembiayaan yang tepat kepada PKS yang disasarkan menerusi Platform Digital PKS Kebangsaan akan dapat direalisasikan. Jalinan usaha sama seperti ini juga akan membantu mengukuhkan komuniti PKS ini agar mereka dapat mengekalkan perniagaan dan meletakkan mereka dalam kedudukan yang lebih teguh untuk bersaing di pasaran tempatan dan global.

Activate your membership to access a wealth of exclusive content, deals and events. Registration is FREE and easy!

SIGN UP NOW

MOST RECENT

Most Viewed

BIZ TOOLS

Fintech SMEs — 6 Businesses You Can Start Now

No matter what economic industry you are in, your business should have a financial system in place. This simple fact makes the banking and finance sector one of the biggest in the world, with many business opportunities.

GENERAL

Siti Khadijah Apparel — Success Story of a Woman Entrepreneur

What’s the most excellent way to grow as an entrepreneur and succeed in your business? Well, one of the best actions you can take is to learn from people who have done it before.

MARKETING

Tips for Choosing the Right Digital Solutions for Your SME

Digital is the future of business. However, if you have tried taking your business online, you understand that going digital is not and has not been an easy process for many SMEs in Malaysia.